Showing posts with label KiSahku. Show all posts
Showing posts with label KiSahku. Show all posts

Friday, 26 February 2016

~ My Life ~



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, apa khabar semua teman2 aspire? aspire harap semua sihat2 belaka..maaf jika aspire lama tak update entri..baru hari ini ade kesempatan..hehe ^_^


Hari ini aspire ingin cerita mengenai aspire melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah..mesti teman2 semua nak tahu di mana?khursus apa? dan macam2 lagi..tapi tak mengapa aspire akan cerita..


Pada 24/1/2016 adalah hari di mana aspire mendaftar sebagai seorang pelajar di City Campus UniKL di jalan Sultan Ismail..aspire pergi ke sana untuk mendaftar sebagai pelajar ijazah..nak tahu khursus apa aspire ambil?? aspire ambil khursus Bachelor Of Business Administration (Hons) In Islamic Finance atau BBA(IF) ...selama 3 tahun di UniKL Business School (UBIS) di bangunan Yayasan Selangor (YS) ..menarik bukan..nasib baik aspire ambil khursus yang ade kena mengena waktu ambil diploma dulu..





Sumber : Google












Pada hari yang sama..pada sebelah petang..bermula hari orientasi bagi pelajar seperti aspire..minggu orientasi aspire selama 6 hari..nak tahu ape berlaku sepanjang minggu orientasi..mesti teman2 ingin tahu..bermula 24/1/2014 - 27/1/2016 aspire berada di Universiti Malaya untuk hari orientasi..di sana aspire berjumpa dengan ramai kawan dari pelbagai negeri dan banyak aktiviti2 yang menarik..




apa yang paling mengejutkan aspire adalah aspire dapat jumpa kawan lama dari sekolah rendah..aspire tak sangka jumpa dia..perasaan aspire waktu tu aspire berasa sangat gembira..hehe ^_^


 aspire berada di sana selama 4 hari 3 malam..maknanya aspire ade tempat untuk menginap kan..betul tu..aspire menginap di Kolej Kediaman Keempat..kemudahan di sana okay bagi aspire..hehe




tentang aktiviti pula ade zumba, break dance dan sebagainya..ade juga pertemuan dengan pegawai tertinggi UniKL,ade juga mengenai student development & campus lifestyle (SDCL), library,subjek yang diambil,penempatan pelajar @ student resident,kaunseling dan sebagainya..




ni aspire nak beritahu aspire tidak tinggal di student resident..nak tahu kenapa?? sebab aspire tinggal di rumah dengan parent aspire di Setiawangsa..jadi aspire akan berulang alik dari rumah ke kelas di YS..aspire menunggang motorsikal ke kelas..hehe ^_^




ini bermaknanya aspire dapat menjimatkan wang yang digunakan untuk keperluan yang lain..dengar cerita kos sara diri sangat tinggi di KL..betul kan..dengan berdepan kesesakan lalu lintas dan macam2 lagi..banyak betul dugaan yang ade di KL ni.. ade shopping mall,ade hiburan dan sebagainya..di sini aspire kena pandai memilih kawan..setakat ni kawan2 aspire semua baik2 belaka..hehe ^_^




Pada 28/1/2016 pula ade taklimat mengenai khursus & penyerahan dokumen yang berkaitan di YS di jalan Sultan Abdul Aziz..aspire pergi ke situ dengan menunggang motorsikal pada pukul 7 pagi..pada sebelah pagi aspire ade taklimat mengenai khursus yang diambil oleh ketua jabatan bahagian Islamic Finance/Finance..penyerahan  dokumen berjalan lancar pada sebelah petang..






















Pada 29/1/2016 pula ade English Test di YS juga..jadi kebanyakan kelas di YS..English Test ini untuk menentukan aspire berada kelas yang mana satu..jadi aspire dapat kelas IF121..
^_^










Sumber : Google












nanti pada entri yang akan datang aspire akan cerita mengenai kelas aspire dan macam2 lagi..hehe  ^_^












P/S:tidak sabar nak cerita lagi dan nantikan komen yang bernas daripada semua..hehe ^_^





Saturday, 31 October 2015

I'm Back !!!



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..apa khabar semua?? Aspire harap teman2 sekalian sehat sejahtera..ahh sudah lama aspire tidak menaip di blog ni..banyak perkara sebenarnya aspire nak cerita tapi tidak mengapa..aspire akan cerita..mesti teman2 sekalian rindu aspire kan?kan?ehh..mesti ada yang rindu aspire..hehe (^_^)



Google

Entri kali ini mengenai aspire sudah kembali untuk memeriahkan blog ni..aspire mahu cerita bahawa aspire adalah pelajar tahun akhir diploma di sebuah politeknik..jadi dari bulan 1 hingga bulan 10 tahun 2015..aspire sibuk dengan tesis,ujian,presentation,projek akhir dan sebagainya..penat juga jadi seorang pelajar tetapi berbaloi bagi aspire sebab aspire diberi peluang oleh keluarga aspire untuk belajar.. Alhamdulillah ^_^ 

Selain itu, kesian pada blog ni sebab dibiarkan tanpa entri..tapi tak mengapa..nanti aspire akan penuhkan blog ini..pada 29/10/2015 merupakan hari aspire menjawab kertas terakhir dan hari itu juga hari terakhir aspire berada di politeknik..huhu..tapi tidak mengapa..sebab aspire sempat jumpa penasihat akademik aspire yang baik sgt tu..hihi ^_^ 



Google


Selepas ini, aspire kena buat pilihan hendak lanjutkan pelajaran di mana?? banyak juga tempat untuk lanjutkan pelajaran tetapi layak ke aspire mohon? hurmm..pening juga aspire memikirkannya..teman2 ade pendapat? sekiranya ade boleh kemukakanya..



P/S: Sekarang ni sedang membuat perancangan diri :)

Sunday, 14 December 2014

" Minta Maaf "




Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..apa kabar semua?? Aspire harap semua teman2 sihat belaka..Aspire minta maaf sgt2 sekiranya tidak dapat menyertai giveaway yang dianjurkan oleh teman2 sekalian..begitu banyak perkara yang perlu Aspire selesaikan..

Perkara yang perlu Aspire selesaikan pada bulan November yang lalu..teman2 mesti mahu kan??..antaranya ialah pembentangan latihan industri pada 10/11/2014,mencari rumah sewa, dan pendaftaran untuk semester 5 pada 28/11/2014..nampak tak betapa sibuknya Aspire..tapi tak apa..mesti ade antara teman2 juga terlampau sibuk..

Sekarang ini, Aspire sedang menyesuaikan diri di rumah sewa..tapi di sini line internet tidak berapa clear..jadi sebab itu Aspire jarang mengemaskini blog..Aspire mohon maaf sgt2..
berkenaan rumah sewa..pada pendapat Aspire..okeylah tu daripada tidak ade..lagipun Aspire tinggal di rumah sewa itu untuk setahun jer pun dengan kawan2 satu course.. (^_^)

Bagi bulan Disember ini pula, sudah bermula proses pembelajaran bagi Aspire di politeknik..selepas ini kemungkinan Aspire sibuk sikit dalam menyiapkan assignment,projek secara berkumpulan dan sebagainya ..dan jika ada masa Aspire akan singgah pada blog teman2 ..

sebenarnya Aspire nak cerita banyak lagi tapi idea untuk mengarang entri pulak kurang..hihi
Aspire harap teman2 sudilah singgah dan komen  ^_^





P/S:Aspire berharap permohonan maaf dapat diterima ^_^

Tuesday, 16 September 2014

PUASA & TAG




Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..saya mengucapkan terima kasih pada blogger Syira Yaya
sebab sudi tag saya..saya mohon maaf sebab lambat balas..hihi

KLIK PADA GAMBAR

Ini soalan yang diberi ? ?

(1) apakah pandangan anda tentang wanita cantik dan lelaki kacak?
(2) apa yang akan anda buat sekiranya anda berada di dalam hutan seorang diri?
(3) anda diberi RM 1 juta,,apakah yang akan anda buat dengan wang itu?
(4) siapakah idola anda?
(5) apakah yang anda sedang fikirkan sekarang?
(6) apakah perasaan anda sebagai seorang anak?
(7) adakah anda seorang jujur,ikhlas dan amanah? atau sebaliknya?
(8) 5 karakter yang ingin anda lakukan
(9) adakah anda seorang yang banyak cakap? atau sebaliknya?
(10) huraikan tentang diri anda


Ini jawapan saya  ^_^

(1) mereka adalah anugerah terindah kurniaan daripada Allah..





(2)berzikir,berdoa & mencari jalan penyelesaian..


(3)menunaikan Haji & Umrah bersama keluarga serta bakinya simpan dalam bank..hehe


(4)idola saya adalah ibu bapa saya..


(5)saya sedang fikirkan sekarang adalah novel apa yang terbaru.. ^_^


(6)sebagai seorang anak saya berasa gembira & bersyukur mempunyai ibu bapa yang prihatin..


(7)Ya,saya seorang yang jujur,ikhlas & amanah ^_^


(8)1)karakter anime yang comel..hihi


2)karakter seseorang yang dingin..


3)karakter seseorang yang menakutkan


4)karakter seseorang suka tersenyum..hehe


5)karakter gila-gila


(9)Saya banyak cakap bila dengan orang yang sudah kenal lama & saya akan jadi pendiam bila dengan orang yang baru saya kenal..hihi


(10)Saya adalah seorang yang sensitif,baik hati & suka merendah diri..saya juga peminat novel yang tegar,suka berkawan & seorang yang misteri & sukakan anime..hihi



Nota Kaki:Harap sudi baca ^_^

" SeLaMat MenYamBut Hari Malaysia "




Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua...hari ini adalah cuti umum sempena menyambut Hari Malaysia..Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun  1963 .. Ia juga menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu , Borneo Utara ( Sabah ) , Sarawak , dan  Singapura untuk membentuk Malaysia..

Pada pendapat saya, kita mestilah menghargai jasa2 orang terdahulu dalam menyatupadukan semua orang & menjaga tanah air dengan penuh cinta..

Jika ingin mengetahui Sejarah Malaysia dengan lebih lanjut boleh klik SINI




Ini merupakan Doodle 4 Google yang dilukis oleh Lee Yee Run dari Sekinchan , Selangor yang mengenai                  " Keindahan Malaysia " .. Ini ada penjelasan kenapa tajuknya " Keindahan Malaysia "...

"Ramai daripada kita mungkin telah terperangkap dalam hiruk-pikuk kehidupan, hilang keindahan negara kita. Mari kita melangkah keluar dari kotak, perjalanan ke tempat-tempat menarik, menemui dan menghayati warna sebenar dan unik Malaysia. Malaysia saya / anda sudah tentu tempat yang indah untuk tinggal."

Pada pendapat saya, lukisan yang dibuat oleh Lee Yee Run ini sangat cantik,menarik,kreatif & inovatif..hihi

Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Doodle 4 Google boleh klik SINI



Nota Kaki:Saya harap semua sudi baca :)



Saturday, 30 August 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-57




Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada rakyat Malaysia..pada tanggal 31 Ogos iaitu hari ini kita sebagai rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan Ke-57..Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-57...Saya juga ingin mengambil kesempatan ini saya memohon maaf sgt2 sebab sudah 2 bulan tidak update blog ini & tidak dapat menyertai giveaway yang dianjurkan oleh teman2 blogger ..




Wah,baru hari ini saya nampak di Google ada wajah baru..cantik & menarik gitu..hehe..
Alhamdulillah, negara kita Malaysia dalam keadaan aman & damai..Semoga kita sebagai rakyat Malaysia dapat mengekalkan keamanan & kedamaian ini..InsyaAllah..



Nota Kaki : Selepas ini, jika ada kesempatan saya akan cuba update blog ni (^_^)

Wednesday, 25 June 2014

' Kisahku '


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..saya minta maaf sebab sudah beberapa hari tidak update blog saya ni..pertama sekali..bermula pada 23 Jun 2014 iaitu hari Isnin..saya melapor diri untuk menjalani latihan pratikal yang sesuai dengan jurusan yang saya ambil..hari pertama berada di sana saya berasa sangat kekok pada mulanya..selepas 2-3 hari baru saya tidak kekok..hihi..begini rupanya cara orang bekerja setiap hari di tempat saya jalani pratikal ..saya berasa seronok mengenali semua senior staff yang berada di department saya duduki.. ^_^ ..mereka semua peramah,sporting & baik hati  ^_^ ..Jadi kalian semua nak tahu tempat saya jalani pratikal..betul nak tahu?? jeng3 saya menjalani pratikal saya di Syarikat Takaful Ikhlas Bhd selama 6 bulan..lama ke?? lama juga tapi demi pengalaman & ilmu penting untuk saya serapkan dalam dada..
Banyak juga perkara yang perlu saya belajar & fahami daripada mereka yang mahir di department saya duduki...

Apabila pulang dari tempat latihan pratikal..saya melihat di peti surat rumah ada bungkusan..nak tahu tak apa ada dalam bungkusan..jeng3..ada hadiah berupa Naked 2 Eyeliner di dalam bungkusan itu..Alhamdulillah syukur sebab saya dapat hadiah dari blogger Aqilah Azmy yang telah menganjurkan GiveAway Saje-Saje..terima kasih pada blogger Aqilah Azmy ..tahniah juga kepada semua pemenang GiveAway Saje-Saje ..ada masa lagi nanti buat GiveAway lagi yang awesome & marvellous..



Ini belum dibuka ^_^




Ini sudah buka ^_^


Nota Kaki: Jika saya tak lama update blog saya maknanya saya sgt2 sibuk ^_^
                  Saya minta maaf jika saya tidak dapat menyertai temanku sekalian punya GiveAway selepas ini                     ^_^